KUALA TERENGGANU – Program TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan di Terengganu berjaya mencatatkan Malaysia Book Of Record.
Ia mendapat pengiktirafan itu apabila Gerbang (Facade) terbesar berjaya dibina Sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun Pemerintahan Tuanku.
Sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan atau Raja merupakan peristiwa yang sangat istimewa yang sangat jarang berlaku.
Kali terakhir sambutan jubli perak disambut pada tahun 1970.
Pada ketika itu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Nasiruddin Shah menjadi Sultan Terengganu.
Peristiwa tersebut telah berlaku 53 tahun lalu merupakan satu tempoh masa yang sangat Panjang.
Oleh itu bersempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun Pemerintahan KDYMM Sultan Mizan pada tahun ini merupakan peristiwa yang bersejarah bagi negeri Terengganu.
Pertunjukan TATU Angkatan Tentera Malaysia menjadi kemuncak kepada sambutan kali ini.
Dijayakan dengan lebih 2,500 orang anggota tentera sekali gus menjadikan Jubli Perak lebih bermakna.
Sebanyak 10 persembahan pada program berkenaan yang mempunyai aksi yang luar biasa dipamerkan oleh para tentera yang profesional.
Pertunjukan tersebut adalah demonstrasi menyelamatkan tebusan 11 rejimen gerak khas, persembahan drum line, tempur tanpa senjata, kawad senyap serta skuadron istiadat berkuda (SIB).
Selain itu, turut mencuri tumpuan tarian perang 10 briged (PARA), anjing perang, pancaragam gabungan dan pertunjukan army red warrior, pertunjukan terjun bebas 10 briged (PARA).