Home Berita PAS Terengganu

Tatakelola Helikopter!

24
SHARE

Rakyat menjadi pemerhati kepada segala tindak tanduk Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang selama ini sering bercakap mengenai tatakelola namun perbuatan dilakukan jauh menyimpang termasuk menggunakan helikopter kerajaan ketika berkempen.

Pada ketika ini menjadi tumpuan serta dinilai oleh setiap rakyat yang pernah diperjuangkan olehnya untuk melakukan reformasi pilihan raya yang adil serta bersih.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun memberi amarah jangan guna premis serta harta kerajaan kerajaan sepanjang tempoh kempen tetapi pemimpin (parti memerintah) terang-terang guna.

Perkara ini menyebabkan rakyat makin marah kepada parti pemerintah, sehingga menyumbang pertambahan sokongan (rakyat) kepada kita (Perikatan Nasional).

Semakin hari semakin meningkat, sehingga saya turun keenam-enam negeri ini, semua rakyat seperti sudah tidak sabar hendak tunggu 12 Ogos sehingga disebutkan alangkah baiknya esok adalah 12 haribulan.

Badan penguatkuasa seperti Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tegas dalam memastikan tiada penyalahgunaan kuasa berlaku sepanjang kempen berlangsung.

Surujaya Pilihan Raya (SPR) juga telah pun memberikan amaran jangan guna premis kerajaan sepanjang tempoh kempen, tetapi pemimpin terang-terang menggunakannya.

Diharap, jangan ada ‘double standart’ , penguatkuasa perlu berprinsip supaya tidak hilang keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan.

Begitu juga, rakyat sudah celik mata dan dapat melihat kenyataan bukan hanya bergantung kepada media perdana yang dikuasai pemerintah.

Tatakelola dan ketelusan telah hancur apabila bukan sahaja Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyogok dalam berkempen, bahkan secara terangan-terangan memberi rasuah.

Satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam di Kuala Terengganu mendedahkan program berbaur rasuah apabila, calon Umno/BN sendiri yang mengisi minyak, dalam proram agihan minyak hitam motosikal.

Anwar konon menentang rasuah, sebalikya seluruh jentera PH/BN terpalit dengan rasuah dan telah menormalisasikan rasuah dalam kerajaan gabungan PH/BN apabila melantik Timbalan Perdana Menteri yang rasuah.

Dalam DUN Langkap yang calonnya juga Umno/ BN, pemberian wang dan agihan barangan rasuah terus berlegas dalam kalangan pengundi.

Bak kata orang,” seekor anjing itu, kalau tidak memakan tahi, akan menciumnnya juga