“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor
Oleh : Muhammad Najhan Shahir Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
Al Quran mengajar kita bagaimana tatacara berhadapan dengan berita tak sahih, berita diragui dan tak pasti.
Sila rujuk surah An Nur ayat 11-20,
Dimulai dengan ayat mengisahkan peristiwa Hadis Ifki iaitu kisah fitnah terhadap Saidatina Aishah ra.
Dimulai dengan ayat mengisahkan peristiwa Hadis Ifki iaitu kisah fitnah terhadap Saidatina Aishah ra.
1. Ayat ke-12
Bermula dengan berbaik sangka dahulu sekiranya tuduhan itu tidak secocok dengan orang yang dituduh. Iaitu orang beriman
لَّوۡلَاۤ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ ظَنَّ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بِأَنفُسِهِمۡ خَیۡرࣰا وَقَالُوا۟ هَـٰذَاۤ إِفۡكࣱ
مُّبِینࣱ
[Surah An-Nur 12]
“..Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.
2. Ayat ke-14
Usah memperbanyakkan persoalan yang sengaja ditimbulkan untuk mengambil tahu perkara tersebut yang sebenarnya memang diragui dan tidak pasti terhadap berita tentang keburukan dan keji itu.
إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَیۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ وَتَحۡسَبُونَهُۥ هَیِّنࣰا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِیمࣱ
[Surah An-Nur 15]
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada
hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
3. Ayat ke-16
Sebagai orang beriman, tetapkan pendirian iaitu tidak suka berbicara perihal berita dan perkara yang diragui dan tidak pasti apalagi tuduhan yang jelek yang tidak cocok dengan seseorang yang beriman.
وَلَوۡلَاۤ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ قُلۡتُم مَّا یَكُونُ لَنَاۤ أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَـٰذَا سُبۡحَـٰنَكَ هَـٰذَا بُهۡتَـٰنٌ عَظِیمࣱ
[Surah An-Nur 16]
“.Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.
4. Ayat ke-19
Larangan menyebarkan berita atau perkara yang palsu, tidak tepat atau tidak pasti.
إِنَّ ٱلَّذِینَ یُحِبُّونَ أَن تَشِیعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِی ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
[Surah An-Nur 18 – 19]
“..Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)…”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor