Home Artikel PAS Sabah

TASTI Ummu Aiman Papar anjur majlis kesyukuran

311
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin
7 Mac 2021

PAPAR: Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) Ummu Aiman telah mengadakan majlis kesyukuran di sini, semalam.

Majlis ini diadakan sebagai tanda syukur apabipa TASTI Ummu Aiman telah berjaya didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagai persediaan TASTI untuk beroperasi semula setelah lama ditutup akibat pandemik Covid-19.

Majlis diadakan di dalam premis TASTI di Taman Johan Papar dengan kehadiran 12 orang mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bermula dengan solat Isyak berjemaah, solat hajat, bacaan Yasin dan doa kesyukuran.

Turut hadir meraikan TASTI ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Papar Hj Abd Salim bin Karim, Ketua Urusan Ulama Ustaz Azman Jupri, Ketua Pemuda Hendri bin Hamsah, Ketua Muslimat Siti Aishah Rahman, Timbalan Ketua Muslimat Azizah Salleh dan AJK PAS Kawasan.

TASTI Ummu Aiman akan mula beroperasi semula pada 8 Mac ini dengan SOP yang telah disediakan.