TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 7 / 1438 H
“MEDAN TARBIYAH RUHIYAH”
Orang muda hatinya keras. Jiwanya sentiasa bergelojak. Runtunan nafsu kadang-kadang menyentap ombak amarah sehingga mampu melemaskan iman. Tenggelam jauh ke dasar dalam gulungan ombak menyukarkan nafas berenang ke tepian.
Namun, Ramadhan adalah medannya. Medan melahirkan anak muda yang punyai ruh tarbiyah. Apatah lagi amilin muda. Lapangan tarbiyah yang di “offer” oleh Allah SWT sendiri. Amilin muda kena menongkah gelombang ombak amarah ke arah pantai yang damai.
Sahabat Nabi SAW adalah amilin muda. Nah, jiwa muda yang sarat dengan ruh tarbiyah. Dibina ruh dengan ubudiyah yang khusyuk. Dinihari bersimpuh mengadap khaliq. Hati dan lidah basah dengan wirid zikrullah dan Asma’ul Allah al Husna. Kalamullah al Quran menjadi teman peredaran waktu. Lazat dengan sebutan wahyi lebih dari segala segmen bacaannya. Qudrat menyinsing lengan guna mencetak amal jama’i dan jihadi di perairan kehidupan. Tiada istilah letih, kecewa dan lemah. Itulah AMILIN MUDA.
“Pemuda yang hidup memperhambakan diri pada Tuhannya”
“Seakan rahib di malam hari dan pejuang di siang hari”
Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
#akupemudapas
#undilahpas
{jathumbnail off}