TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 20 / 1438 H
“BADAR : LAKARAN POTRET YANG AGUNG”
Subhanallah. Besar hikmah Ramadhan. Selain pemburuan keampunan dan tawaran Allah SWT dengan kelebihannya, di sana menyingkap rahsia peristiwa yang hebat. Tercetus tajuk Badar, lakaran potret agung menerjah tasawwur peristiwa perang tersebut dengan beberapa susuk tubuh generasi yang dimuliakan Allah yang menjadi watak utama.
17 Ramadhan tahun ke 2 hijrah dikenali sebagai ??? ??????? iaitu hari perbezaan antara yang hak dan bathil. Peperangan yang pertama berlaku dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Keizzahan peperangan Badar ini dipotretkan kerana bilangan tentera yang dipimpin oleh Nabi SAW jumlahnya jauh sedikit tapi mampu mengalahkan tentera kuffar yang tiga kali ganda jumlahnya. Disamping terselit kisah di mana mata kasar tidak dapat melihat bagaimana sederap langkah gagah tentera dikalangan malaikat juga yang turut dan menyahut seruan arahan dari Panglima Perang Tentera Islam ketika itu iaitu Nabi Muhammad SAW.
[Surat Aal-E-Imran 123 – 125]
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).”
“(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,”
“Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”
Badar menyaksikan generasi amilin muda ber”pencak silat” membenarkan Islam yang di bawa oleh Nabi SAW. Saat yang dinantikan para sahabat yang cintakan syahid. 13 tahun menanti di Mekah mengharungi perjuangan dengan penuh sabar melihat para syuhada’ gugur tanpa secalit kulit musuh kuffar disentuh akibat tangan diikat, pedang dikunci menjunjung arahan yang tiada arahan.
Kelibat Saiful Islam Saidina Hamzah menjadi orang kanan Nabi SAW bersama memimpin 313 para pejuang Islam. Miqdad Al Aswad, Mus’ab bin Umair dan sebaris angkatan tentera muda yang lain mendada berdepan dengan tentera musuh yang serba lengkap peralatan perang. Sahabat-sahabat tentera Islam yang sedikit, kurang peralatan, jentera yang terhad tapi jiwa, semangat dan ruh jihad yang tinggi. Sehingga Nabi SAW mengiktiraf dan menyatakan dalam hadis.
“Yang ikut serta dalam Perang Badar tidak akan masuk neraka”
Ust Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
#akupemudapas
#undilahpas