Home Berita PAS Selangor

TARBIYATUL SYABAB | Ancaman Allah

880
SHARE


TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam

(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)

“ANCAMAN ALLAH”

Kalamullah diturunkan dalam bentuk yang syumul. Merangkumi pelbagai segmen. Para ulama menyatakan bahawa ada ayat yang diturunkan berdasarkan peristiwa yang berlaku yang menjadi sebab diturunkan ayat. Dan ada ayat tidak berkait dengan mana-mana peristiwa.

Salah satu segmen ayat iaitu berbentuk ancaman dari Allah. Ianya sebagai satu ancaman dan amaran dari Allah agar manusia gerun dan berhati-hati dari melakukannya. Antaranya Allah SWT berfirman :

[Surat Al-Mujadilah 5]

“Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina”

Terlalu banyak ayat ancaman dari Allah SWT sebagai satu batasan dan sempadan pada orang beriman. Apatah lagi amilin yang berada dalam saff perjuangan. Berusahalah jadi seperti sahabat r.a yang ghairah untuk beramal dan berjihad saat dibaca ayat-ayat ganjaran dan kelebihan beramal. Dan menjadi manusia yang paling takut dan gerun saat dibaca ayat-ayat berbentuk ancaman dari Allah.

Ust Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

#akupemudapas
#undilahpas