TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 20 / 1438 H
“AKHIR YANG DICINTAI”
Hakikat yang perlu diakui bahawa tanda akhir zaman, masa berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik kini Ramadhan berada di hari-hari 10 terakhir. Seakan baru semalam memasuki gerbang Ramadhan. Pelik dengan merasa ghairah seakan memasuki “gerbang perkahwinan.” Barangkali itu lah ibaratnya. Pasti tidak puas. Tidak puas merebut kelebihan yang ada didalamnya. Belum puas merasa “merindui” dan “mencintai”.
Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a mengisahkan perihal Nabi SAW apabila menempuhi 10 akhir Ramadhan
“Adalah Rasulullah SAW apabila memasuki 10 terakhir dari bulan Ramadhan, baginda menguatkan tali ikatan sarungnya (yakni meningkatkan amalan ibadah) menghidupkan malam -malamnya, mengejutkan ahli keluarganya”
Hadis ini membuktikan bahawa Nabi SAW menukar “mode” ibadah pada 10 malam terakhir dengan tumpuan yang luar biasa. Kesungguhan Nabi SAW seakan menumpahkan keseluruhan rindu dan cintanya di malam-malam ini berbanding sebelumnya. Signal yang jelas yang diberikan oleh Nabi SAW sebagai satu simbolik bahawa perjalanan Ramadhan membawa kepada AKHIR YANG DICINTAI. Sehingga ianya dapat di kesan oleh Ummul Mukiminin r.a.
USHH
#akupemudapas
#undilahpas