Home Berita PAS Perak

Tanggungjawab muslim membina perpaduan Melayu Islam | YDP PAS Padang Rengas

148
SHARE

Iftar PAS Padang Rengas bersama BERSATU

Oleh Farid Fadhli

PADANG RENGAS – PAS Kawasan Padang Rengas telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan bersama BERSATU Bahagian Padang Rengas yang diketuai oleh Kept. Azahari Hassan yang diadakan di Markaz PAS Kg Jamuan di sini semalam.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, iftar, solat maghrib dan isya’ serta tarawih bersama ahli-ahli PAS di cawangan tersebut.

Dalam ucapan sempena majlis tersebut, YDP PAS Kawasan Padang Rengas, Sukeri Mat Amin menekankan tanggungjawab muslim membina perpaduan Melayu Islam di Malaysia ini supaya perkara yang berlaku ketika 22 bulan PH memerintah tidak berulang lagi serta mengajak masyarakat Fastabiqul Khairat khususnya di dalam bulan Ramadan ini.

Turut hadir adalah TYDP, Mohamad Azalan Mohamad Radzi bersama AJK Harian PAS Padang Rengas serta ahli-ahli PAS Cawangan Kg Jamuan, Padang Rengas.