Home Berita PAS Terengganu

Tanggungjawab besar menanti Dr Sam

9
SHARE

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyampaikan mesej kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa ada tanggungjawab lebih besar sedang menanti.

Perkara itu disampaikan beliau susulan kemenangan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan kemenangan besar 37,220 majoriti undi.

Ujarnya, peningkatan majoriti berbanding Pilihan Raya Umum (PRU)Ke-15 jelas menunjukkan rakyat menyenangi Menteri Besar Terengganu dan menolak kerajaan Perpaduan.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada pengundi atas kemenangan yang besae dalam PRK Kemaman,” ujarnya melalui hantara di facebook, semalam.

Dalam pada itu , Abdul Hadi turut merakamkan ucapan tahniah kepada jentera yang telah bersungguh-sungguh melakukan gerak kerja dalam mengekalkan kemenangan PAS di Kemaman.

“Tahniah kepada jentera yang bertugas dengan penuh kesungguhan bagi memastikan kemenangan terus kepada PAS dan Perikatan Nasional,”katanya.