“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
CYBERJAYA, 7 Ogos – Para petugas Jabatan Amal di bawah Skuad Pengurusan Jenazah COVID-19 Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) diterima bertugas bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
JAIS sebelum ini dimaklumkan telah mengambil alih seluruh pengurusan jenazah COVID-19 di seluruh hospital Selangor berikutan bagi menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan pengurusan Jenazah COVID-19 diuruskan oleh pihak tertentu.
Tugasan mereka daripada awal tayammum, kafan, solat jenazah, membawa jenazah dan seterusnya pengebumian jenazah di tanah perkuburan dengan mengunakan pakaian lengkap PPE.
InshaAllah antara mereka anggota Amal yang berkhidmat di tanah perkuburan baharu di Cyber 10, Cyberjaya Sepang Selangor. Doakan mereka sahabat sekelian, moga terus bertugas dengan cekal dan penuh tabah. “Allah sayang kita, kita sayang semua”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor