Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Takziah kepada keluarga Almarhum Datuk Seri Rizuan – BPPWP

93
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saf kepimpinan mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Datuk Seri Rizuan Abd Hamid, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO atas pemergian beliau semalam.

Pemergian beliau yang juga disahkan dijangkiti COVID-19 pada 1 Mei lalu pastinya amat dirasai semua penggiat arena politik negara terutamanya UMNO.

Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat, dan agar isterinya yang difahamkan sedang menjalani rawatan di ICU akibat COVID-19 diberi kesembuhan oleh Allah SWT.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
21 Mei 2021 l 9 Syawal 1442H