إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Almarhum Haji Abdul Ghapar Abd. Wahab yang telah pulang ke rahmatullah sekitar jam 3 petang tadi.
Pemergian Almarhum merupakan kehilangan yang besar buat PAS terutamanya bagi kawasan Kota Melaka. Banyak jasa dan pengorbanan Almarhum kepada parti sepanjang hayat beliau.
Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan roh Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
28 Januari 2021 | 14 Jamadil Akhir 1442