Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah Buat Keluarga Ustaz Muhammad Zawawi

261 views
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 252/123
8 Januari 2019 | 2 Jamadil Awwal 1440

TAKZIAH BUAT KELUARGA USTAZ MUHAMMAD ZAWAWI

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


Sesungguhnya Kita Milik Allah dan Sesungguhnya Kita Akan Kembali Kepada-Nya

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan rasa hiba merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Muhammad Zawawi Abu Hassan yang telah meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak awal pagi ini.

2. Kami telah menyaksikan kegigihan, pengorbanan dan ketegasannya dalam usaha untuk memartabatkan Islam di negara ini.

3. Sumbangan beliau di peringkat pemuda pusat sehingga ke peringkat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak termasuk di kawasan yang diwakilinya sangat bermakna.

4. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah agar diampuni segala dosanya dan ditempatkan ruhnya bersama dengan orang-orang yang bertakwa.

Islam Memimpin

Sekian.