Home Berita PAS Wilayah

Takziah Buat Keluarga Al Marhum Tuan Guru Dato Ismail Kamus

1474
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tuan Guru Dato’ Ustaz Ismail Kamus.

Ketokohannya tidak dapat disangkal lagi baik dari segi medan dakwah, perubatan Islam mahupun di arena politik dan perjuangan Islam. Beliau juga cukup tersohor bukan sahaja di Malaysia, malah dalam kalangan muslim di Asia Tenggara.

Berita ini adalah suatu kehilangan besar bagi kita semua. Perginya beliau pada malam hari Jumaat 15 Ramadhan merupakan antara bentuk husnul khatimah yang sangat-sangat didambakan. Moga kita semua dapat mengikuti jejak langkah beliau. Aamiin.

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس

Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..