﴿فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا﴾
“Oleh itu, orang-orang yang beriman yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah, lalu ia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar”. (Surah An-Nisa’: Ayat 74)
(مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا)
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23) (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (24). (Surah al-Ahzab: ayat 23-24)
PAS mengucapkan takziah dengan rasa penuh kesedihan atas pemergian Sayyid Hassan Nasrullah, Setiausaha Agung Hizbullah yang telah pergi bertemu Allah dengan mengharapkan keredaan-Nya sebagai seorang syahid yang agung, pemimpin yang berani, dan mukmin yang bijak.
Didoakan agar diterima syahidnya yang tinggi, mendapat syafaat yang besar kepada ahli keluarga, kaum kerabat, saudara dan rakan-rakannya.
Kami mendoakan semoga Allah mengurniakan Sayyid Hassan Nasrullah sebagai seorang yang syahid, dan ditempatkan bersama para syuhada’ yang cahayanya kekal abadi menuju jalan-jalan keimanan dengan mengikut jejak langkah para anbiya’ dan penghulu syuhada’.
Semoga Almarhum juga mencapai keutamaan jihad yang terbaik, melawan musuh yang dimurkai-Nya, pembunuh nabi-nabi, dan orang-orang yang paling memusuhi orang-orang yang beriman.
Kami yakin bahawa dia dari pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit, maka jihad tidak akan berhenti dengan kesyahidannya, kerana tentera-tentera yang kuat akan mengikut jejak langkahnya, tumbuh daripadanya yang menjadi pelita yang menerangi jalan kemenangan. Kita berdoa kepada Tuhan agar Almarhum mendapat ganjaran syuhada’ sebagai kemenangan yang besar.
Maka dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Ahli Majlis Tertinggi Majma’ Taqrib Mazhab Islam.
Bertarikh: 24 Rabi‘ al-Awwal 1446 / 28 September 2024