Home Artikel PAS Pusat

Takziah Atas Kemangkatan Bonda Tengku Temenggong Kelantan

522
SHARE

Takziah Atas Kemangkatan Bonda Tengku Temenggong Kelantan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merafak sembah takziah atas kemangkatan Almarhumah Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra Aziz yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) awal pagi tadi.

Bonda kepada Tengku Temenggong Kelantan iaitu Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dikhabarkan mangkat akibat sakit tua dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.

PAS mendoakan semoga seluruh ahli keluarga Almarhumah dikurniakan kekuatan atas kehilangan ini.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan Almarhumah dalam kalangan mereka yang beriman.