Home Artikel PAS Johor

Taklimat Halatuju Masa Depan Institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Malaysia Peringkat Negeri Johor berlangsung dengan jayanya.

216 views
SHARE

15 MAC 2019: Taklimat Halatuju Masa Depan Institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Malaysia
Peringkat Negeri Johor berlangsung dengan jayanya.

Normala Sudirman mengiringi Al-Fadhil Ustaz Abdullah Husin menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Mohd.Zai Mustafa sebagai tanda penghargaan ucapan terima kasih
Para peserta mengabadikan kenangan bersama pimpinan seusai majlis berakhir.
Peserta taklimat tekun mendengar perkongsian yang disampaikan oleh penceramah jemputan
SAR amat dekat di hatinya sebab itu beliau sanggup meluangkan masa memenuhi jemputan menyempurnakan majlis penutup walaupun agak sibuk .


Bertempat di SRITI AL-AZHAR,Taman Universiti, Sri Gading,satu taklimat berkaitan masa depan Sekolah Agama Rakyat (SAR) peringkat negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya anjuran Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor baru -baru ini.

Taklimat yang disempurnakan majlis perasmian penutup oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Husin(Pesuruhjaya PAS Negeri Johor/AJK PAS Pusat) itu telah banyak memberi suntikan semangat dan mutiara ilmu bermakna, berkaitan masa depan Sekolah Agama Rakyat di Malaysia khususnya di negeri Johor dan cabaran ke arah memartabatkannya.

Dalam ucapan perasmian penutup Al-Fadhil Ustaz Abdullah Husin telah menyatakan bahawa institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR),sangat dekat di hatinya memandangkan beliau pernah mendapat pendidikan di institusi seperti ini .Justeru perjuangan mengangkat martabat dan mengarusperdanakan institusi pendidikan Islam khususnya di negeri Johor akan tetap menjadi prioriti utama beliau walaupun kesibukan tugas dan komitmen agak membataskan dirinya.

Antara objektif program ini adalah untuk memperkasakan gabungan kerjasama NGO pendidikan negara dan negeri Johor.

Di sampang itu juga taklimat on merupakan wadah yang paling ampuh untuk membentuk kerjasama NGO pendidikan bagi mengangkat dan mempertahankan agenda pendidikan Islam .

Di samping itu juga ia bertujuan memelihara dan berkerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan (KPM) dan agensi swasta bagi membantu peningkatan dan pembangunan pendidikan Islam khususnya di negeri Johor.

Menurut pengarah program yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan Negeri Johor ,Normala Sudirman, taklimat ini penting sebagai wahana untuk perkongsian idea ,tenaga dan kepakaran demi memartabatkan institusi pendidikan Islam khususnya di negeri Johor”,katanya .

Beliau melahirkan rasa optimis dan keyakinan bahawa SAR di negeri Johor juga berpotensi untuk mendapatkan peruntukan kewangan dan sumbangan bagi pembangunan prasarana dan latihan guru mengikut bimbingan dan prosedur yang betul,jika pihak mudir madrasah serius mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan .

Majlis yang dihadiri oleh mudir,mudirah dan para asatizah ini menampilkan tetamu istimewa iaitu Ustaz Mohd.Zai bin Mustafa,Ketua Eksekutif MAPPIM (Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia) merangkap AJK Pendidikan PAS Pusat .

Semoga peserta yang terlibat dapat memanfaatkan segala mutiara ilmu dan semoga segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.