Home Artikel PAS Wilayah

Tahniah YB Senator Ustaz Idris Ahmad, YB Senator Mr. Balasubramaniam

1697
SHARE

Tahniah YB Senator Ustaz Idris Ahmad, YB Senator Mr. Bala

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan(BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan menzahirkan ucapan tahniah kepada YB Senator Ustaz Hj Idris Ahmad, Naib Presiden PAS dan YB Tuan N. Balasubramaniam, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

BPPWP positif bahawa amanah ini dapat dilaksanakan sebaiknya oleh mereka berdua dengan pengalaman YB Senator Ustaz Hj Idris Ahmad sebagai Naib Presiden dan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang serta YB Senator Tuan N.Balasubramaniam sebagai Ketua DHPP sejak tahun 2010.

Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan dan bimbingan kepada kedua-duanya dalam memikul tanggungjawab yang digalas untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
16 Jun 2020 l 24 Syawal 1441H