Home Kenyataan Media PAS Johor

Tahniah YAB DSIS, PM ke9 : Lapang dada dan fokus pulihkan negara

54
SHARE

TAHNIAH YAB DATO SRI ISMAIL SABRI, PERDANA MENTERI KE-9 : HARAP SEMUA PIHAK BERLAPANG DADA DAN FOKUS PULIHKAN NEGARA.

Oleh : RUSMAN KEMIN

Menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang telah memperkenankan pelantikan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Didoakan semoga Allah sentiasa memandu YAB Dato’ Sri dalam menjalankan tugas dan mengembalikan kestabilan politik di negara yang tercinta.

Semoga YAB Dato’ Sri dapat terus mempertahankan pentadbiran yang bersih, berintegriti.

Diharapkan agar YAB Perdana Menteri dapat mengekalkan kecemerlangan Kerajaan PN serta dapat membentuk sebuah Kabinet yang bebas dari sebarang kes mahkamah dan kepentingan peribadi.

Pencapaian 50% dos kedua untuk penduduk dewasa menunjukkan kita berada di atas landasan yang tepat.

Kami yakin, jika Kabinet yang dibentuk bebas dari sebarang kes mahkamah dan kepentingan peribadi, pasti membuahkan hasil yang cemerlang menanggani penularan Covid-19 tanpa mengetepikan kebajikan rakyat.

Diharapkan agar semua pihak khususnya pembangkang agar menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ini, bagi membolehkan Kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.

Terima kasih.

Penulis merupakan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

#DaulatTuanku #Integriti #MalaysiaPrihatin

#MenangBersama