Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Perdana Menteri ke-8: Selamat Berkhidmat

1404
SHARE

Tahniah Perdana Menteri ke-8: Selamat Berkhidmat

Alhamdulillah tsummal hamdulillah. Tarikh keramat 29 Februari 2020 telah selesai kemelut politik tanah air apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dengan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Menjunjung kasih Tuanku atas pelantikan ini.

Di kesempatan ini, marilah kita panjatkan rasa syukur dengan penuh rasa kehambaan atas segala ketentuan Allah SWT. Sesungguhnya hanya Allah SWT Yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Sepanjang tempoh beberapa hari ini, kita tak henti menadah tangan, bersujud dan memohon agar Allah SWT kurniakan petunjuk kepada YDPA untuk membuat keputusan di samping kita mengharapkan Malaysia bakal dipimpin oleh mereka yang sayangkan Islam.

Justeru, saya mewakili seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-8. Semoga Tan Sri dapat melaksanakan amanah ini sebaiknya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Kami amat berharap agar kerajaan yang akan dibentuk selepas ini sentiasa mendapat bimbingan dan petunjuk ilham daripada Allah SWT. Di samping tidak melupakan nasihat dan pandangan ulamak yang sentiasa menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.

Selamat berkhidmat Perdana Menteri!

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
6 Rejab 1441
1 Mac 2020