Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Tahniah Penerima Darjah Kebesaran Wilayah Persekutuan 2021

338
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang ahli Parlimen daripada PAS yang juga memegang portfolio dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional atas penerimaan Darjah Kebesaran sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 semalam.

Antaranya ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen) yang juga Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan. Beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (S.M.W) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga lagi penerima ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaari, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Haji Ahmad Awang bin Hashim serta Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed@Hashim, masing-masing menerima Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk.

Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat kepada PAS untuk terus mengorak langkah memperkukuh perpaduan ke arah keamanan dan kesejahteraan Malaysia tercinta.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
2 Februari 2021 l 20 Jamadilakhir 1442H