“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor
Oleh : Mohd Zulwafi Bahaudin
Pengerusi PASTI Hulu Selangor
Alhamdulillah syukur atas keputusan yang di umumkan dalam Majlis Penutup E-Alam Ria Pasti Negeri Selangor. Berikut adalah acara yang di menangi oleh barisan Kontinjen Pasti Hulu Selangor.




Azan : NAIB JOHAN
Khutbah: KETIGA
Bercerita Lelaki : JOHAN
Bercerita Perempuan: NAIB JOHAN
Sajak Lelaki: JOHAN
Hafazan Perempuan: JOHAN
Melihat usaha-usaha sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus selepas sahaja bersurai E-Alam Ria PASTI Hulu Selangor, komitmen yang diberikan hanya Allah sahaja yang balas.
Tidak lupa juga pada barisan Ibu & Bapa peserta yang sentiasa mendorong kejayaan anak-anak ini. Tahniah Ketua Kontinjen Ust Amir Saiful Islam atas tenaga dan komitmen yang diberikan, InshaAllah, kawasan sudah, negeri sudah, seterusnya Malaysia.
Berkat sokongan & dorongan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Syeikh Amri Al-Baluni di atas kejayaan ini. InshaAllah, semoga anak-anak ini menyinar demi kebaikan buat Ummah.





3 Oktober 2021 | 26 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor