Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Umar Al-Hayawi
Sungai Buloh | Sudah lebih satu tahun sejak negara dilanda virus Covid-19. Ekonomi negara telah terjejas dengan teruk. Impak ini juga terkesan kepada peniaga-peniaga kecil, buruh harian, pekerja kilang dan sebagainya. Kerajaan telah mengambil inisiatif PKP secara menyeluruh diseluruh negara berikutan telah mencatat angka kes yang sangat tinggi.
Memetik kenyataan PAS Kawasan Sungai Buloh, mengucapkan syabas dan tahniah kepada para MB dan Exco kerajaan-kerajaan negeri PAS yang telah menyumbangkan sebahagian daripada gaji mereka untuk di sumbangkan kepada mereka yang terjejas oleh pandemik Covid-19 ini.
Inisiatif ini membuatkan barisan kerajaan negeri PAS termasuk MB dan Exco dapat turut merasai keperitan dan kesempitan bersama-sama dalam mengharungi wabak Covid-19 ini sekaligus membuka mata rakyat bahawa kerajaan yang di atas tidak pernah melupakan dan menindas rakyat yang dibawah.
Semoga dengan inisiatif bersama ini dapat menjerumus kita lebih dekat kepada kemenangan melawan wabak Covid-19 dan juga semoga Allah memberi kekuatan kepada para frontliners dalam memikul amanah memulangkan keamanan negara InshaAllah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor