KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Kawasan di seluruh negeri bagi sesi 2025 hingga 2027.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Haji Husain Awang, dalam kenyataan beliau berkata, pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi perjuangan parti serta memimpin generasi muda ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan.
“Tahniah dan takziah buat kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Kawasan seluruh Terengganu, sesi 2025/2027.
“Terus memimpin, generasi sejahtera. Siiru ‘Ala Baarakatillah,” ujar beliau ringkas.
Sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan telah memilih kepimpinan mereka melalui Mesyuarat Tahunan Pemuda PAS Kawasan masing-masing, seperti d bawah.
Ketua Pemuda PAS kawasan Besut ialah Ustaz Mohd Mukhlis Hasin, Timbalan, Ustaz Abdul Hashim Ab Aziz dan Naib Ketua, Muhammad Hilmi Mohd Hamdan.
Ketua Pemuda PAS kawasan Dungun ialah YB Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi, Timbalan Ketua, Muhammad Farhan Yaakob dan Naib Ketua, Ustaz Abdullah Fahim Husin.
Manakala Kuala Terengganu, ialah Ustaz Abdul Manaf Ghani sebagai ketua manakala Timbalan Ketua, Ustaz Abdul Rahman Che Mat dan Naib Ketua, Ustaz Mohd Nasiruddin Othman.
Marang pula, Ketua Pemuda ialah Ustaz Yusuf Abdul Hadi, Timbalan, Mohd Irsyad Syafiq Burhanuddin dan Naib, Ustaz Mohd Sabri Mamat.
Di Setiu pula, Ketua ialah Ustaz Muhammad Nasrullah Kamaruddin, Timbalan, Muhammad Baihaqiey Ahmad dan Naib adalah Mohd Zulkifle Abd Halim.
Di Kuala Nerus pula Ketua, Ustaz Mohd Ridhuan Abdul Karim, Timbalan, Abdul Halim Chik dan Naib Ketua, Ustaz Syahid Imanuddin Mukhtar.
Ketua Pemuda di Hulu Terengganu pula Ustaz Mohamad Yusuf Abdullah, Timbalan, Ustaz Md Irham Nori Abidin dan Naib ialah Ustaz Ahmad Furqan Ismail.
Ustaz Ahmad Dasuki Haji Mohd Tahir dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS kawasan Kemaman pada sesi ini, manakala Timbalan, Ustaz Muhammad Mujahid Mohd Mohtar dan Naib Ketua ialah Mohd Khairuddin Ahmad.
Pelantikan ini mencerminkan kesinambungan perjuangan Dewan Pemuda PAS dalam membimbing generasi muda serta memperkukuh akar umbi parti di setiap kawasan.