Home Kenyataan Media PAS Perlis

Tahniah dan selamat menjalankan tugas

70
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS
TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS BUAT BARISAN KABINET BAHARU MALAYSIA

PAS Negeri Perlis menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh anggota barisan Kabinet Malaysia yang baharu di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Berdasarkan kepada barisan anggota kabinet baharu ini yang bebas dari kleptokrasi serta terdiri daripada gandingan muka lama dan baharu, PAS Negeri Perlis menaruh kepercayaan bahawa kerajaan ini mampu memimpin negara menghadapi saat-saat penuh sukar akibat pandemik yang sedang berlaku kini.

Sehubungan dengan itu, PAS Negeri Perlis menyeru semua pihak, termasuk rakyat dan parti-parti pembangkang agar dapat bersama-sama menjayakan gagasan Keluarga Malaysia bagi memulihkan kembali keadaan negara yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi serta ketidakstabilan politik.

Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali dan Dato’ Hj. Che Abdullah Mat Nawi yang telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang sepanjang berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri di kementerian masing-masing sebelum ini.

PAS Negeri Perlis turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalankan tugas buat Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan) dan (Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia).

BPPNPs mendoakan agar Menteri dan Timbalan Menteri yang baharu ini diberi kekuatan dan dipermudahkan untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara, terutama dalam mendepani pandemik Covid-19.

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
28 ogos 2021 | 19 Muharram 1443H