Home Berita PAS Perak

Tahniah atas pelantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia | Kenyataan Media

73
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

7 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442H

PAS Perak ingin mengambil kesempatan untuk menitipkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

PAS Perak menyatakan keyakinan dan kepercayaan bahawa pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah sangat tepat dan bersesuaian dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh beliau selama ini dalam kerajaan selaku Menteri serta pemimpin UMNO paling kanan dalam kerajaan persekutuan.

Berdasarkan kewibawaan dan kepimpinan yang beliau miliki, PAS Perak yakin beliau akan dapat membantu Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran negara khususnya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara untuk mengatasi pandemik COVID-19.

PAS Perak turut merakamkan sekalung tahniah kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri yang menerima pelantikan sebagai Menteri Kanan yang baharu.

Berdasarkan kemampuan dan kewibawaan beliau sebelum ini selaku anggota kanan dalam kerajaan, PAS Perak yakin beliau mampu untuk bekerjasama dan memberikan sepenuh komitmen bagi membawa Malaysia ke arah yang lebih baik khususnya di peringkat antarabangsa.

Ikhlas Daripada

YB Hj Razman Zakaria
(Pesuruhjaya PAS Perak)