PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Dato’ Fadzil atas pelantikan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baru.
Pelantikan ini merupakan satu langkah yang amat bertepatan dalam memastikan institusi mufti terus dipandu oleh ilmuwan yang berwibawa, berprinsip, dan istiqamah dalam memperjuangkan kefahaman Islam yang sahih dan menyantuni masyarakat secara hikmah.
PAS Wilayah Persekutuan percaya, dengan latar belakang pendidikan, pengalaman dakwah, dan komitmen beliau terhadap perjuangan Islam, Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz akan mampu mengangkat institusi mufti ke tahap lebih cemerlang serta memberikan bimbingan yang bernas kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya.
Kami mendoakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan dan taufik kepada beliau dalam melaksanakan amanah besar ini demi kemaslahatan ummah dan negara.
βIslam Adalah Penyelesaianβ
USTAZ HAJI AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
28 Mei 2025