Home Berita PAS Selangor

TAHNIAH ATAS KETEGASAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA

1758
SHARE

 

ISU OPERASI KILANG ARAK : TAHNIAH ATAS KETEGASAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia yang diketuai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Muhammad Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia beserta Jemaah kabinet Menteri kerana tegas dalam menangani isu operasi kilang arak yang diwar-warkan baru-baru ini.

Keputusan ini sememangnya wajar dibantah bahkan dibatalkan untuk diteruskan memandangkan suasana tanah air Malaysia yang makin meruncing disebabkan wabak COVID 19 ini. Penularan surat kebenaran dari KPDNHEP kepada kilang arak, Heikenen Malaysia Berhad yang bertarikh 31 Mac 2020 berkenaan pengesahan persetujuan beroperasi adalah amat tidak wajar pada masa kini. Malah didapati reaksi dari pengguna media sosial oleh netizen sama ada dari pelbagai latar belakang kaum juga jelas menunjukkan ketidak setujuan terhadap hal ini.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang akan terus komited dalam menyalurkan bantuan dan menjadi saluran terbaik dalam menyampaikan keperluan serta rintihan anak muda khususnya, rakyat amnya, demi bersama membela nasib mereka yang memerlukan. Ye, hampir 22 bulan rakyat seperti di anak tirikan daripada keluarganya, kini tiba masa kita melaksanakan tanggungjawab sebaiknya agar kebajikan rakyat Malaysia terbela khususnya kepada rakyat B40, gelandangan yang tiada tempat bergantung paut, masyarakat orang asli dan lain-lain.

DPPK Klang juga menyarankan agar kerajaan terus menyalurkan saluran informasi yang terbaik kepada rakyat bahkan mempermudahkan urusan mereka lebih-lebih lagi pada masa getir ini. Terima kasih sekali lagi buat Kerajaan Malaysia, menjadi “HERO RAKYAT” dikala mengalami masalah kewangan dan ekonomi khusus di musim wabak COVID 19 ini.

Solihuddin Bin Mohamad Jahar
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang
06 April 2020 bersamaan 13 Rejab 1441H