Home Rencana PAS Selangor

Tahniah anggota Amal yang bertugas di PPV Telok Penglima Garang – Pengarah JAMNS

129
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Sabtu dan Ahad, tidak kira panas terik, hujan lebat anggota Amal kami bertugas di PPV Bergerak di Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang anjuran YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi melalui Pusat Khidmat PAS Dun Sijangkang dengan kerjasama PKD Kuala Langat & MOVAK.

Melihat kesungguhan mereka melaksanan tugas secara tidak langsung hati saya menjadi sebak dan sangat kagum kepada keikhlasan mereka bertugas menjaga SOP, keselamatan, lalulintas serta membantu orang ramai yang hadir menerima vaksin 2 hari ini.

May be an image of 3 people, people standing, outdoors and text that says "AMP"Tahniah dan terima kasih buat semua petugas Sukarelawan, Ustaz Muhammad Hanif dan anggota Amal Negeri dan Kawasan Kuala Langat yang ikhlas membantu memastikan kelancaran program, memudahkan urusan orang ramai dan memelihara keselamatan mereka.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Kerja ini tidak ramai yang mampu bertahan lama melakukannya, tanpa sebarang upah dan ganjaran wang namun kamu semua tetap teguh berdiri di basahi keringat mahupun air hujan. “Semoga redha Allah bersama antum sekelian”.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor