Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama & Pendidikan Negeri Pahang Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad bersama ADUN Jengka Yang Berhormat Ustaz Shahril Azman, telah menyerahkan kunci Rumah Rakyat Pahang atau RRP kepada dua orang penerima di Rantau Perintis dekat Bandar Jengka Pusat pada 16 Februari lalu.
Turut hadir dalam satu majlis ringkas penyerahan kunci rumah tersebut adalah Pegawai Daerah Maran Encik Saharudin Jali.
Penerima peruntukan dua buah rumah tersebut dari Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun 2020 adalah Puan Zarina dan Puan Nor Aziah.
Di dalam ucapan ringkasnya Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata Allah telah memberi ilham kepada Menteri Besar Pahang Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk memberikan rumah kepada mereka yang tiada rumah sendiri dan layak serta berdaftar dengan e- Kasih.
Selepas penyerahan kunci rumah tersebut Dato’ Sri Syed Ibrahim dan Ustaz Shahril telah menanam pokok buah Harum Manis dan Mester sebagai simbolik kepada tuan rumah.
Kepada Rakyat Negeri Pahang yang masih belum memiliki rumah bolehlah mendaftar dengan e-Kasih di Pejabat Daerah yang berdekatan, untuk dipilih oleh wakil rakyat di setiap Kawasan.