Home Berita PAS Pahang

Tahfiz Al Hakim Jengka 15 kunjung 3 tahfiz

1182
SHARE

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR AHLI LEMBAGA TADBIR TAHFIZ AL HAKIM KE TAHFIZ TERPILIH DI BAWAH MANTAP

Temerloh, 8 Disember Pengurusan Maahad Tahfiz Al Hakim Jengka 15 diberi kesempatan menziarahi tiga tahfiz berhampiran iaitu MADAD, KOMTAQ dan ISTIQAMAH dalam rangka mendalami ilmu pengetahuan berkaitan seluk beluk pentadbiran dan pengurusan sekolah serta pengendalian kelas tahfiz di madrasah masing-masing.

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah kerana telah dapat menimba pengalaman yang begitu beharga yang dikongsi oleh ketiga-tiga tahfiz tersebut. Kesemuanya mempunyai aura yang tersendiri.

Di MADAD kami disambut meriah oleh YB Ustaz Zuridan bersama seluruh kakitangannya dengan pengisian padat maklumat-maklumat beharga yang dikongsi bersama kami. Begitu jugalah Ustaz kamal Asaari dan Ustaz Zarimi beserta kakitangan mereka di madrasah masing-masing.

Ketiga-tiga madrasah telah sudi berkongsi dengan kami Visi dan Misi sekolah masing-masing, pengurusan sekolah,pengendalian kelas hafazan, program-program yang ada di sekolah masing-masing serta kejayaan-kejayaan yang mereka capai.

Di MADAD, YB Ust Zuridan berkongsi pengalaman dengan kami dalam memperkenalkan 5S iaitu SISIH, SUSUN,SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Perlaksanaannya telah menjadikan suasana di MADAD sentiasa bersih dan kemas. Bilik asrama di MADAD boleh menjadi contoh yang wajar diikuti oleh semua masdrasah. Biliknya bersih, kemas dan tersusun rapi seakan hotel yang belum dimasuki penghuni. Tiada sehelai pakaian pun kelihatan. Semua tersimpan di dalam almari.

Di KOMTAQ kami didedahkan dengan Sistem hafazan Kaedah Turki dengan pelajar mula menghafaz pada muka surat belakang setiap juzuk bermula juzuk 1 hingga 5 dan seterusnya. Kaedah ini nampaknya membuahkan hasil kerana ramai pelajar telahpun khatam, dan terdapat dua orang pelajar yang telah membuat syahadah dengan kemampuan membaca al Quran 30 juzuk dalam masa sehari tanpa melihat mushaf.

Ust Zarimi di Maahad Tahfiz Istiqamah berkongsi perbagai program di tahfiz beliau termasuk Road To Syahadah (RTS) Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris (KIAI), Kelas Intensif Al Quran (KIA) yang dibuat selepas imtihan akhir tahun dan pelbagai kursus untuk orang awam .

Pada kesempatan ini kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingganya kepada ketiga-tiga tahfiz, MADAD, KOMTAQ dan ISTIQAMAH yang sudi menerima kunjungan kami dengan layanan dan perkongsian yang sangat memuaskan .

Semoga AL HAKIM juga akan dapat mengikut jejak langkah tahfiz-tahfiz yang telah berjaya ini.

Insya Allah pada lain masa kami berharap dapat pula berpeluang menziarahi tahfiz-tahfiz lain untuk sama-sama eratkan ukhwah disamping bertukar-tukar pandangan. Terima kasih

UST ARIS FEZUL ISMAIL
Setiausaha
MAAHAD TAHFIZ AL HAKIM
JENGKA 15