Home Berita PAS Perlis

Tahap Pematuhan SOP PASTI Kawasan Arau Membanggakan

594
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Berikutan pembukaan semula PASTI di seluruh negara bermula semalam dan hari ini, PASTI Kawasan Arau telah mengadakan lawatan ke 14 buah PASTI yang beroperasi dalam kawasan berkenaan.

Lawatan berkenaan diadakan bagi melihat tahap pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) di semua PASTI yang terlibat.

Hasil tinjauan mendapati, kesemua PASTI yang dilawati mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala proses penerimaan pelajar berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Menurut Pengerusi PASTI Kawasan Arau Abd Hadi Halipah, pihaknya turut menyampaikan sumbangan peralatan berupa face shield, pencuci tangan (hand sanitaizer) dan kertas A4 kepada semua PASTI terbabit.

“PASTI Kawasan Arau merakamkan ucapan tahniah kepada para guru PASTI yang telah berjaya memastikan kelancaran operasi PASTI masing-masing pada hari ini di samping mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis Mohd. Shukri Ramli serta Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim yang turut sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kami dalam program lawatan pada hari ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.