Home Berita PAS Pulau Pinang

Tadbir Negara Berpandukan Al Quran

1421
SHARE

Oleh : LEA BAIDURI

Bandar Tasek Mutiara, 17 April : Perasmian PASTI Elit Bandar Tasek Mutiara telah dirasmikan pelancarannya oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar pada 14 April, Sabtu yang lalu.

Ustaz Ahmad Tajudin turut menandatangani plak perasmian sebagai gimik pelancaran yang turut disaksikan oleh Yang Di Pertua Pas Nibong Tebal, Muhamad Ahmad diiringi Pengerusi PASTI Kawasan, Muhammad Nizam Nasir.

Menurutnya, anak-anak kecil pra sekolah perlulah diajar mengenal Allah dari sudut matematik dan geografi, melihat alam semulajadi dengan mengagungkan Maha Pencipta.

Turut hadir memberi ucapan Ahli jawatankuasa Pas NT, Mohd Helmi Harun, menyeru masyarakat untuk mengundi PAS pada PRU ke 14, memandangkan PAS akan bertanding di 3 Dun dan satu parlimen, iaitu Dun Sg Acheh, Dun Sg Bakab dan Dun Jawi, manakala buat pertama kalinya PAS bertanding di Parlimen Jawi.

Beliau berkata, ‘PAS menawarkan kepada masyarakat penyelesaian kepada masalah ekonomi negara berpaksikan kepada penyelesaian cara Islam’

“Kita hendak selamatkan negara daripada ditadbir oleh orang cerdik akal semata-mata tetapi tidak faham agama sebaliknya PAS mentadbir adalah menggunakan kebijaksanaan akal dan panduan daripada agama” katanya lagi.

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pulau Pinang, Ustaz Usman Jaafar turut memberi penerangan manifesto PAS diantara isu GST dan PTPTN.