Home Berita PAS Perlis

Tadarus pupuk rasa cintakan Al-Quran

70
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR, 29 Apr: Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah mengadakan program Tadarus dan Khatam Al-Quran bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) semalam.

Program yang diadakan bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran itu dihadiri oleh seramai 120 orang peserta, terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa muslimat peringkat negeri, kawasan dan DUN, para Alimat serta guru-guru PASTI.

Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Latifah Mat.

Menurut Latifah,  program berkenaan diadakan setiap kali sambutan Nuzul Al-Quran bertujuan merapatkan hubungan sesama muslimat menerusi aktiviti bertadarus bersama-sama.

“Namun apa yang paling penting, aktiviti seperti ini sebenarnya diharapkan dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dalam diri setiap ahli Muslimat PAS serta menjadikannya (Al-Quran) sebagai agenda penting dalam kehidupan harian mereka,” katanya ketika ditemui di sini.