Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Surah Al-Waqi’ah : Siri 4

99 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Al Quran ๐Ÿ““๐Ÿ““
Surah Al-Waqi’ah: Siri 4
Ayat: 7 – 10: Pembahagian Golongan Manusia Selepas Qiamat

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ูˆูŽูƒูู†ุชูู…ู’ ุฃูŽุฒู’ูˆูŽุงุฌู‹ุง ุซูŽู„ุงุซูŽุฉู‹ – ูง
Dan kamu menjadi tiga golongan

ููŽุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ู…ูŽู†ูŽุฉู ู…ูŽุง ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ู…ูŽู†ูŽุฉู – ูจ
Iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu

ูˆูŽุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู’ู…ูŽุดู’ุฃูŽู…ูŽุฉู ู…ูŽุง ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู’ู…ูŽุดู’ุฃูŽู…ูŽุฉู – ูฉ
Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu

ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽุงุจูู‚ููˆู†ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽุงุจูู‚ููˆู†ูŽ – ูกู 
Dan orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dahulu masuk syurga

๐Ÿ“– Tafsir ringkas:

1. Setelah kehancuran alam kerana berlakunya hari qiamat, semua manusia akan dibangkitkan semula serentak dan semua akan dibawa ke Mahsyar berduyun-duyun untuk mengadap Allah. Maka dalam ayat ini menerangkan kepada kita perihal golongan yang akan wujud selepas peristiwa besar iaitu :

i. Golongan kanan, iaitu mereka yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kanan mereka.

ii. Golongan kiri iaitu mereka yang menerima buku catatan amal dengan tangan kiri.

iii. Golongan yang didahulukan memasuki syurga iaitu mereka yang mendahului kebaikan di dunia.

2. Adapun golongan kanan itu, mereka akan ditarik masuk ke dalam syurga, maka tiadalah sebaik baik keadaan mereka waktu itu melainkan sesempurna kebahagiaan. Sebaliknya pula golongan kiri yang akan ditolak ke neraka jahannam wal’iyazubillah, maka tiadalah seburuk- buruk keadaan dan kesengsaraan buat mereka.

3. Golongan yang ketiga inilah golongan yang paling beruntung iaitu umat yang beriman, taat, berjihad, bertaubat, dan sentiasa melakukan amal-amal kebaikan. Mereka ini terdiri dari kalangan para nabi-nabi, rasul-rasul, orang yang mati syahid, golongan yang membenarkan nabi-nabi dan pemimpin yang adil. Mereka inilah terlebih dahulu mendapat rahmat Allah, dekat dengan balasan pahala dan kemuliaan serta mereka selama-lamanya di syurga.

๐ŸŽ€ Pengajaran:

1. Kita hendaklah meletakkan diri kita dalam golongan kanan serta berusaha untuk menjauhkan diri dari tergolong dalam golongan kiri yang di nyatakan oleh Allah sebagai penghuni neraka Allah. Nauzubillah.

2. Bagaimana ingin menjadi golongan kanan? Iaitulah dengan memperbanyakkan amal-amal soleh di dunia sehingga ketika Allah menghisab segala amal kita di dunia, timbangan kanan lebih berat dari timbangan kiri. Justeru itulah kita akan menerima buku catatan amal dengan tangan kanan. Maka berjayalah mereka yang menerima dengan tangan kanan itu.

3. Berusahalah menempatkan diri pada golongan kanan ketika di dunia lagi kerana โ€˜kananโ€™ selalu dikaitkan dengan kebaikan dan golongan yang baik dan benar. Sebagai contoh, ada golongan yang dipanggil โ€˜golongan kananโ€™. Itu memberi maksud yang golongan itu adalah golongan yang diiktiraf oleh kerajaan. Ia juga digunakan seantero dunia, tidak kira kerajaan Islam atau tidak. Memang kanan menjadi sesuatu yang dihormati. Orang Arab pun faham sebegini dan kalau ada tetamu yang mereka hendak muliakan, maka mereka akan letakkan orang di sebelah kanan. Kanan juga amat penting dalam Islam kerana itu sunat untuk memulakan sesuatu yang baik dengan kanan dahulu seperti wuduk, makan, melangkah masuk masjid dan sebagainya. Kanan memang ada kelebihan dalam syariat Islam.

4. Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari melalukan dosa serta maksiat. Justeru, hapuskan segala dosa tersebut dengan jalan taubat kepada Allah, sebagaimana disebut antara ciri-ciri golongan yang mendahului ke syurga ialah ahli taubah (orang yang senantiasa bertaubat kepada Allah).

5. Golongan Sabiqun dianggap golongan VVIP. Jika di dunia golongan ini mendapat tempat yang berprestij maka sudah tentu VVIP menurut kaca mata akhirat lagi sangat hebat kedudukannya. Ia menjadi idaman setiap orang. Moga kedudukan istimewa ini memberi motivasi kepada kita untuk berlumba-lumba menyediakan bekal rohani sebanyak mungkin kerana apabila tiba di akhirat, wang ringgit dan emas permata tidak akan diterima sebagai mata wang. Hanya โ€˜mata wang pahalaโ€™ laku digunakan. Hadamkan sifat sabiqun ini sedaya mampu agar ia menjadi makanan berzat untuk rohani kita seiring kehendak Allah.

๐Ÿ“š Rujukan: Tafsir Al-Munir

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
9 Mei 2019 / 4 Ramadhan 1440