Home Berita PAS Wilayah

Tabung Bantuan Covid, Bukti PAS Cakna Kebajikan Rakyat

151
SHARE

Tabung Bantuan Covid, Bukti PAS Cakna Kebajikan Rakyat

Oleh : Maizatul Asida
10 Ogos 2021

BATU – PAS Batu di bawah Lajnah Kemasyarakatan dan Kebajikan, LKK telah menyampaikan bantuan kepada penduduk di PPR Batu Muda, semalam.

LKK PAS Batu di bawah program Sumbangan Tabung Bantuan Covid (STBC) akan melaksanakan serahan secara berterusan dari masa ke masa. Ianya turut bergantung kepada permohonan penduduk sekitar Kawasan Batu.

Program yang berlangsung semalam telah disempurnakan oleh Pengerusi LKK PAS Batu yang juga merupakan Penyelaras STBC PAS Batu, Ustaz Abdul Kadir, Encik Rosli Md Yatim selaku AJK PAS BATU dan Sulaiman Bin Aziz , AJK PAS Cawangan Wahyu.

PAS Batu turut menyeru agar rakyat yang terjejas tampil memohon bantuan. Semoga bantuan yang sedikit ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung.