Home Rencana PAS Selangor

Tabayyun : tak pasti jangan kongsi – TPJ 3 PAS Selangor

223
SHARE

May be an image of text

Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Prof Madya Dr Fuad Mohd Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor

يَـٰٓأَيُّہَا الَّذينَ ءآمَنوا إِن جاءَكُم فاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنوا

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”
Ini adalah apabila ada orang yang fasiq datang bawa maklumat. Iaitu jenis yang dengar sahaja dan dia sampaikan tanpa memastikan berita itu benar atau tidak.

Ini adalah sifat munafik. Dan ia berlawanan dengan syariat agama. Kerana tidak boleh sampaikan berita kecuali benda itu pasti benar. Telah disebut tentang perkara ini di dalam Al-Qur’an dan sunnah tentang perkara ini. Sila rujuk Surah Al-Isra : Ayat 36.

وَلا تَقفُ ما لَيسَ لَكَ بِهِ عِلمٌ ۚ إِنَّ السَّمعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤادَ كُلُّ أُولٰئِكَ كانَ عَنهُ مَسئولًا

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”

Maknanya, jangan kita memperkatakan sesuatu tanpa kita ada ilmu – iaitu tanpa kita tahu yang ianya benar atau tidak. Kita kena pastikan ianya benar sebelum kita sampaikan kepada orang lain.

Ada satu hadis yang jelas berkenaan perkara ini juga. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim bin Al-Hajjaaj رحمه الله dalam kitab Shahiih-nya dengan sanad dan matan lengkapnya :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَفْصٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ خُبَيْبِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، قال : كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا، أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abi Syaibah, telah menceritakan kepada kami ‘Aliy bin Hafsh, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Khubaib bin ‘Abdirrahman, dari Hafsh bin ‘Aashim, dari Abu Hurairah, dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, “Cukuplah seseorang (dianggap) berdusta jika dia menceritakan semua yang dia dengar.”

[Shahih Muslim no. 6]

Jadi sudah ada dua dalil yang kuat (Al-Quran dan hadis) tentang perkara ini. Dan jika dua dalil ini tidak dipakai, maka orang itu dikira sebagai orang yang fasik kerana menolak hukum.

Maka jangan kita jadi seperti mereka. Jika tidak pasti lagi kesahihan sesuatu perkara, jangan sebarkan. Jika nak sebarkan juga, periksalah (tabayyun) dulu. Jangan main tibai atau hayun aje.

“Tabayyun bukan tibaiyun atau main hayun”

17 Oktober 2021 | 10 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor