Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Syukuri Nikmat Hidup Bernegara

43
SHARE

Sempena Hari Malaysia tahun ini PAS Wilayah Persekutuan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus mensyukuri dan memelihara nikmat hidup bernegara di Malaysia yang harmoni ini.

Segala bentuk pembangunan hanya dapat dinikmati sekiranya setiap daripada kita memainkan peranan untuk terus memelihara keharmonian pelbagai latar agama, kaum dan budaya masyarakat negara ini.

Menjadi tanggung jawab kita juga untuk memastikan Malaysia terus dipimpin oleh pemimpin yang berintegriti, mampu mentadbir urus dengan baik, berupaya menjalankan dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta mengamalkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Justeru, marilah kita sebagai Keluarga Malaysia Teguh Bersama memelihara dan membina Malaysia yang tercinta ini.

Selamat Hari Malaysia!

#MalaysiaSejahtera

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
PAS Wilayah Persekutuan
16 September 2022 | 19 Safar 1444 H