Home Rencana PAS Selangor

Syed Saddiq, Dewan Rakyat bukan tempat cari publisiti murahan – KP DPPN Selangor

94
SHARE

May be an image of 2 people, people sitting and text that says "USO UstazSukriOmar Omar MDHALER SYED SADDIQ, DEWAN RAKYAT BUKAN TEMPAT UNTUK PUBLISITI MURAHAN! Ustaz Mohamed Sukri Omar Ketua Pemuda PAS Selangor ustazsukriomar ustazsukriomar sukriomar www.sukriomar.com"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohamed Sukri Omar
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

SYED SADDIQ, DEWAN RAKYAT BUKAN TEMPAT UNTUK PUBLISITI MURAHAN!

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyelar ucapan Syed Saddiq di dalam Dewan Rakyat yang dilihat sengaja mahu mencari pasal dengan mewujudkan kontroversi terhadap YB Menteri Alam Sekitar dan Air mengenai ketidakhadiran ke persidangan 2021 United Nations Climate Change Conference (COP26) di Glasgow, Scotland.

2. Memang sudah menjadi trend politik PH sejak dalam kempen PRU 14 yang lalu dengan mewujudkan kontroversi dalam memburukkan pihak lawan mereka dengan cuba menjatuhkan imej peribadi. Tindakan ini hakikatnya menjengkelkan dan tidak matang dalam berpolitik. Hanya bermain persepsi dan melontarkan persoalan negatif di minda masyarakat.

3. Malah, apa kaitan yang cuba hendak disampaikan oleh beliau apabila menunjukkan kebosanan terhadap kelantangan suara pimpinan khususnya dari PAS terhadap bantahan arak jenama Timah dengan provokasi isu yang dikaitkan iaitu kehadiran ke (COP26) tersebut?

4. Isu jenama Timah sememangnya wajar dibantah secara keras kerana ia melibatkan soal komersial arak dan menyentuh sensitiviti umat Islam. Bukan sebagaimana sikap PH yang ternyata gagal dalam mempertahankan sensitiviti umat Islam sepanjang 22 bulan menjadi kerajaan sebelum ini.

5. Sebagai Menteri yang berpegang dengan prinsip perjuangan asas, sudah pasti YB Menteri akan menyentuh dan lantang dalam apa jua isu yang melibatkan hal ehwal Islam. Ini tanggungjawab sejak dahulu sama ada sewaktu pembangkang dan juga menjawat posisi menteri dalam kerajaan Persekutuan.

6. Syed Saddiq kena sedar keberadaan dalam Dewan Rakyat perlulah bersifat matang dan bukannya kebudak-budakkan. Menjadi Dewan Rakyat hanya tempat bermain persepsi bagi meraih politik murahan itu bukan berpolitik secara sihat. Rakyat sudah jemu dengan trend politik yang menjengkelkan tersebut.

7. Jelas, YAB Perdana Menteri sudah menyentuh hal penglibatan negara Malaysia dalam (COP26) ini menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) sebagaimana Kenyataan Media bil 2 bertarikh 11 Oktober 2021.

8. MyCAC telah membuat keputusan bersama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk memberi mandat kepada delegasi negara untuk menyampaikan Kenyataan Negara dalam persidangan UNFCCC COP-26 nanti. Jadi tidak timbul isu yang sengaja diwujudkan kontroversi oleh Syed Saddiq jika beliau mengikuti perkembangan gerak kerja kerajaan. Malangnya beliau seakan tidak mengikuti dan tidak membaca kenyataan media. Ingat, bangsa yang malas membaca adalah bangsa yang mundur!

9. Gerak kerja YB Menteri KASA cukup dirasai oleh rakyat kerana YB Menteri telah membuktikan gerak kerja yang cekap dalam menerajui isu perubahan iklim di Malaysia dengan cukup baik berbanding 22 bulan ketika PH memerintah. Ini jelas apabila, Malaysia telah meletakkan komitmen negara ke arah net zero emission seawal tahun 2050, menggubal Pelan Induk Bandar Rendah Karbon, membangun Skim Perdagangan Karbon Domestik dan membina Pusat Inventori GHG Negara.

10. Hal ini juga dinyatakan sendiri secara konsisten oleh YB Menteri KASA mengenai 10 misi utama dalam tempoh 100 hari pentadbirannya, sebagaimana yang maklumkan secara jelas dan tegas oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan RMK-12 dan Bajet 2022 kali ini.

11. DPPNS melahirkan rasa syukur dan gembira atas komitmen semasa yang pamerkan oleh YB Menteri dan negara terhadap perubahan iklim sangat besar dan signifikan. Rakyat perlukan wakil rakyat dan menteri yang cemerlang dalam gerak kerja, bukannya wakil rakyat yang hanya bermain dengan publisiti politik murahan dan hasil kerja yang tidak ada apa-apa.

Memacu Perpaduan,
Demi Islam Sedia Berjuang.

2 November 2021 | 26 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor