Home Berita PAS Terengganu

Syarikat Terengganu, EPIC Berhad Sasar Pendapatan RM477 Juta

26
SHARE

KUALA LUMPUR – Anak syarikat kerajaan Terengganu, Eastern Pasific Industrial Corporation Sdn Bhd (EPIC Berhad) menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan kepada RM477 juta tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC berhad, Dr. Ts. Muhtar Suhaili berkata, pihaknya optimis sasaran itu dapat dicapai melalui perancangan serta strategi yang telah dirangka.

“Antaranya EPIC Berhad telah mengembangkan portfolio perniagaan melalui pengambil alihan 70 peratus kepentingan dalam Rahar Niaga Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembekalan bahan api marin.

“Selain kita mendapat dua kontrak besar syarikat minyak dan gas negara, PETRONAS iaitu ‘Pan Malaysia, maintenance, commissioning and modification (MCM) and Hook-Up and Commissioning (HUC) services for package A2- (Penninsular Malaysia Asset (PMA) (5+3+2)‘ .

“Selain itu kita juga juga mendapat kontrak ‘Panel contractor for Petronas’ Downstream operating units under the provision of panel contractors for construction and modification works (CMW). (3+1+1),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara EPIC Berhad dan Rakan Perniagaan Strategik di Junior Ballroom, Aras 6A, Four Seasons Hotel, di sini, hari ini.

Tambah Muktar, antara strategi yang dilakukan bagi meningkatkan pendapatan adalah menambahbaik Pengkalan Kemaman Sdn. Bhd. dengan beberapa inisiatif baharu.

Terdahulu, EPIC berhad telah melakar rekod baharu dalam sejarah selepas meraih pendapatan berjumlah RM404 juta bagi tahun 2024.

Menurut Muhtar, sejak ditubuhkan pada tahun 1981 tahun lalu merupakan kali pertama pendapatan mencecah sebanyak itu.