Home Artikel PAS Perak

Syabas dan Tahniah SPM SESI 2018

144 views
SHARE

Syabas dan Tahniah SPM SESI 2018

Berakhir sudah penantian bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) sesi 2018 yang dinanti dengan penuh debaran.

Kepada pelajar, ibu bapa dan warga pendidik pasti akan menerima keputusan pada hari ini haruslah diterima dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat ILLAHI.

Bagi pelajar yang beroleh kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM sebagaimana yang dicita-citakan pastinya akan disambut dengan penuh kegembiraan.

Namun bagi yang memperolehi keputusan kurang memuaskan jangan pula berasa kecewa,yakinlah bahawa keputusan peperiksaan ini bukanlah nokhtah akhir untuk tidak terus berusaha mencapai kejayaan yang bakal ditempuhi dimasa akan datang.

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengucapkan setinggi -tinggi ucapan syabas dan sekalung ucapan tahniah kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 di seluruh Malaysia yang telah berusaha sehabis baik ketika menduduki peperiksaan yang lalu.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan tahniah buat buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia kerana gigih mendidik anak bangsa , menabur bakti serta mencurah ilmu kepada generasi pelapis negara serta pewaris kepimpinan pada masa akan datang dengan penuh dedikasi dan iltizam yang tinggi.

Semoga apa jua pengorbanan,kesabaran yang tinggi ,kegigihan warga pendidik dan para asatizah di seluruh Malaysia,ada ganjaran dan nilaian di sisi ALLAH SWT dan merupakan ‘Saham Akhirat ‘ buat mereka nanti.

Sekalung penghargaan juga buat keluarga dan ibu bapa calon SPM sesi 2018 yang pastinya tidak jemu berdoa dan merupakan pembakar obor semangat kepada anak-anak.

Statistik menunjukkan terdapat seramai 421,706 orang calon SPM telah mendaftar bagi sesi 2018.