Home Berita PAS Selangor

Syabas dan tahniah kepada PASTI berjaya mengumpul dana Palestin – PAS Kawasan Kota Raja

117
SHARE

May be an image of ‎2 people, people standing and ‎text that says "‎#reePalestine RM 650,000 JUMLAH KUTIPAN KEMPEN RM1 x 100 RIBU MURID PASTI TERIMA KASIH KEPADA YANG TELAH MENYUMBANG MALAYSIA IPALESTINE Dewar Pemuda PAS MALAYSIA ييا PASTI MALAYSIA‎"‎‎

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Antara kesan penganiayaan kepada saudara kita di Palestin oleh Rejim Zionis adalah penyatuan seluruh umat di dunia khususnya umat Islam. Semangat juang dan solidariti yang tiada tandingannya boleh membuatkan Israel itu sendiri lari ketakutan.

Pastinya ramai rakyat Malaysia yang mahu membantu mereka disana dengan sebolehnya. Oleh itu, NGO-NGO telah mengambil inisiatif membuat kutipan sumbangan untuk Palestin. Buat masa ini perjuangan menggunakan harta adalah bantuan yang paling efisyen.

Memetik kenyataan media sosial PAS Kawasan Kota Raja, mengucapkan syabas dan tahniah kepada salah satu entiti parti dibawah PAS iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM650,000 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin melalui Aid4Palestine. Allahuakhbar!

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor