
Oleh : Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar
Tawau, Sabah | 26 September 2020
Wakil dari NGO Syabab Care meneruskan lagi misi kebajikan ke Madrasah Al-Ubudiyah Wal Mas’uliyyah, Tawau. Bertemu dengan sahabat kami mudir madrasah ini Ustaz Adam yang menceritakan kepada kami semua perihal madrasah, para pelajar, guru dan cabaran menguruskan madrasah.

Kami sempat beramah mesra dengan para pelajar, guru dan pentadbir madrasah sebelum balik.

Di akhir pertemuan kami menyerahkan sumbangan kepada madrasah melalui mudirnya Ust Adam. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu operasi madrasah.

Syabab Care: Kebajikan Tanpa Sempadan.
Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar
Naik Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor