Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 30 September – Syabab Care Malaysia petang tadi telah turun menyantuni frontliners di Klinik Kesihatan Batu 8, Jalan Gombak dengan sumbangan makanan dan minuman seperti roti dan susu kambing.
Menurut tinjauan Team Syabab Care, para petugas disini terdiri daripada para doktor, nurse, pegawai keselamatan, staff pentadbiran serta pelbagai agensi lain lagi.
“Bagi meringankan sedikit bebanan mereka, kami menghulurkan buah tangan bagi menyenangi hati mereka dengan perkara yang mengembirakan seperti sumbangan makan minum”, kata Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar juga pengerak utama Syabab Care Malaysia.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada para penyumbang yang menginfaqkan harta masing-masing melalui Syabab Care Malaysia. “Kami telah sampaikan amanah anda untuk disampaikan kepada para frontliners. Ayuh teruskan menyumbang bersama kami”, katanya lagi.
“Anda sumbang, kami sampaikan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor