Oleh : Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar
Dengan mewakili NGO Syabab Care kami dapat menyerahkan sumbangan makanan dan barang-barang keperluan harian kepada para frontliners pegawai keselamatan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Hospital Sungai Buloh. Di sinilah ditempatkan pesakit-pesakit Covid 19 yang di dalam fasa pemulihan.
Sayu kami melihat mereka yang bertugas tanpa erti kenal penat lelah siang malam bagi memastikan keselamatan para doktor, nurse, pesakit dan seluruh warga PKKN. Bertugas di tempat yang berisiko tinggi kebolehjangkitan Covid 19 sudah pasti memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
Hasil sumbangan orang ramai, kami salurkan kembali kepada para frontliners. Ayuh teruskan menyumbang bersama Syabab Care. Anda sumbang kami sampaikan.
Sumbangan boleh terus dimasukkan ke akaun Maybank berikut : 5622 0965 3403 PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN DAN KEBAJIKAN (SYABAB CARE)
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor