Home Berita PAS Selangor

Syabab Care sampaikan bantuan buat OKU terjejas – Naib KP PAS Selangor

92
SHARE

May be an image of 4 people, people sitting and people standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA LUMPUR, 19 September – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar yang juga merupakan penggerak utama Team Syabab Care menyatakan, team mereka telah sampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga OKU cacat penglihatan yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19, semalam di Kampung Puah, Kuala Lumpur.

Bersimpati dengan apa yang berlaku, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, katanya.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik COVID-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor