Home Berita PAS Selangor

Syabab Care Meneruskan Misi Di Pulau Mabul, Sabah – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dari Pena NKP PAS Negeri Selangor

560
SHARE

Oleh : Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar

Semporna, Sabah | 27 September 2020

Walau apa pun keputusan Pilihanraya Negeri Sabah, Syabab Care terus istiqomah dengan aktiviti kebajikan di bumi negeri di bawah bayu ini.

Kami telah menyampaikan sumbangan orang ramai kepada 2 buah institusi pendidikan di Pulau Mabul, Sabah iaitu Tadika Islam Pra-Tahfiz Maqbul dan Sekolah Rendah Integrasi Islam Medicom.

Institusi pendidikan ini memainkan peranan yang amat penting dalam memberi ilmu agama kepada anak-anak Pulau Mabul serta masyarakat di sini. Justeru prasarana, fasiliti, buku dan lain-lain amat diperlukan bagi memastikan perjalanan sekolah berjalan lancar.

Ayuh menyumbang bersama Syabab Care. Kami sampaikan sumbangan anda kepada mereka di Mabul. Sumbangan boleh terus dimasukkan ke akaun Maybank berikut : 5622 0965 3403 PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN DAN KEBAJIKAN (SYABAB CARE)

Muhammad Fadzli Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor